skip to main |
skip to sidebar
CINTA tidak mengenal usia dan latar belakang. Ia boleh datang bila-bila masa saja. Jadi bagaimana mengenali bila dan bagaimana seseorang itu dihinggapi rasa cinta? Cuba semak 15 tanda jatuh cinta yang disenaraikan supaya dapat melengkapi diri sebelum menghadapi atau menangkisnya.
1. Sukar melelapkan mata Sejak berkenalan, ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.
2. Sentiasa berdebar Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung, malah anda jadi menggelabah dihampiri si dia. 3. Suka ambil tahu Anda semakin berminat mengambil tahu latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan bertanya daripada kawan-kawannya.
4. Resah gelisah Hati gelisah apabila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari jika terlihat kelibat bayangnya.
5. Dihinggapi cemburu Anda cemburu apabila si dia melayan orang lain sekalipun kawan-kawan. Sikap itu amat ketara sehingga disedari kawan-kawan anda. 6. Hobi baru...termenung Anda suka termenung dan di mata anda terbayang wajah si dia dan anda bersama.
7. Dating Ada saja alasan untuk berjumpa atau secara terang menawarkan keluar bersama. Kadangkala anda buat janji temu di waktu malam sekalipun baru petang tadi berjumpa.
8. Rindu Setiap saat anda mengingatinya dan apa yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia.
9. Bergayut di telefon Anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam bergayut di telefon berbual kosong kerana yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu.
10. Berubah cita rasa Kehadiran si dia berjaya mengubah cita rasa anda mengenai pelbagai perkara.
11. Memberi hadiah Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh.
12. Awal ke tempat kerja Anda bersemangat datang ke pejabat awal dengan harapan dapat berbual atau bersarapan dengan si dia.
13. Lebih rajin Prestasi kerja anda semakin meningkat jika dibandingkan sebelum ini.
14. Menjaga penampilan Penampilan anda semakin anggun, malah wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempesonakan.
15. Defensif Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan.
CiNta I2 Buta... =)
2 comments on "15 TanDa DilamUn Cinta!!!!"
sume tnde ne aku de...
mkne nye????
mkna nye...tgh jth cnta la.....
Post a Comment